top of page

LAPORAN LAWATAN PERAKAUNAN AKRUAN

KE INDONESIA TAHUN 2016

1.0  PENGENALAN

​

  • Persatuan Akauntan Sektor Awam Malaysia (PERASAMA) telah menganjurkan lawatan rasmi perakaunan akruan ke Indonesia pada 29 Ogos hingga 1 September 2016. Agensi yang dilawati adalah Direktorat Jenderal Perbendaharaan Indonesia di Jakarta dan Direktorat Jenderal Perbendaharaan Provinsi Jawa Barat di Bandung.

 

  • Seramai 34 orang peserta telah menyertai program ini yang diketuai oleh YBrs. En. Mohamad Azmi Bin Ali, Timbalan Akauntan Negara (Operasi). Para delegasi terdiri daripada akauntan dan ahli akademik dari jabatan/kementerian/agensi seperti berikut:

  1. Jabatan Akauntan Negara Malaysia;

  2. Jabatan Perdana Menteri;

  3. Kementerian Kewangan;

  4. Kementerian Kesihatan;

  5. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan;

  6. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan;

  7. Kementerian Komunikasi dan Multimedia;

  8. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah;

  9. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar;

  10. Perbendaharaan Negeri Perlis;

  11. Perbendaharaan Negeri Kedah;

  12. Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA);

  13. Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam;

  14. Majlis Perbandaran Petaling Jaya; dan

  15. Universiti Kebangsaan Malaysia.

2.0  TUJUAN

​

  • Lawatan ke Indonesia bertujuan untuk mendapatkan perkongsian pengalaman migrasi Kerajaan Indonesia daripada menggunakan dasar asas tunai kepada dasar perakaunan  asas akruan sepenuhnya bagi tahun kewangan 2015. Di samping itu, lawatan ini juga bertujuan untuk mengenalpasti Faktor Kritikal Kejayaan yang boleh dijadikan panduan/rujukan dalam pelaksanaan perakaunan akruan di Malaysia.

​

  • Para delegasi turut berpeluang mendapatkan pengetahuan dan berkongsi pengalaman mengenai isu, cabaran dan lesson learn yang boleh diamalkan dalam mempraktikkan perakaunan akruan di Malaysia kelak.

3.0  SOROTAN LAWATAN

 

3.1 Direktorat Jenderal Perbendaharaan Provinsi Jawa Barat, Bandung

 

  • Lawatan dimulai dengan sesi taklimat bersama pihak Direktorat Jenderal Perbendaharaan Provinsi Jawa Barat di Bandung pada 29 Ogos 2016. Taklimat bertajuk Transformasi Akuntansi Pemerintah Indonesia memberi gambaran mengenai keseluruhan proses transformasi sistem perakaunan Indonesia merangkumi aspek strategi, bajet, cabaran pelaksanaan sepanjang tempoh transisi dan lain-lain. Para delegasi turut dibawa melawat Muzium Perbendaharaan serta Klinik Akrual yang ditubuhkan bagi membantu penerapan pengetahuan perakaunan di peringkat pusat kerja/daerah.

Dr Yacob

Gambar 1: Bersama Ibu Yunia, Kepala Kantor Wilayah Pendendaharaan Provinsi Jawa Barat

Dr Yacob

Gambar 2: Lawatan ke Muzium Perbendaharaan, Bandung

Dr Yacob

Gambar 3: Lawatan ke Klinik Akrual, Perbendaharaan Bandung

3.2 Direktorat Jenderal Perbendaharaan Indonesia, Jakarta

 

  • Sesi pembentangan dan diskusi

​

Pengisian lawatan di Direktorat Jenderal Perbendaharaan Indonesia, Jakarta pada 30 - 31 Ogos 2016 pula dipenuhi dengan sesi pembentangan yang membincangkan topik-topik yang membuka minda para peserta terhadap peranan yang dimainkan oleh agensi pusat iaitu Perbendaharaan Indonesia dalam implementasi perakaunan akruan. Sesi diskusi adalah lebih berfokus dengan penglibatan para peserta melalui tajuk pembentangan seperti berikut:​

Dr Yacob
  • Tayangan video

​

  Tayangan video turut diberikan dengan tajuk seperti berikut:

  1. Klinik Akrual;

  2. Sistem Perbendaharaan Anggaran Negara (SPAN); dan

  3. Sistem Akuntansi Instansi Berbasis Akrual (SAIBA)

​

  • Lawatan ke lapangan/office tour

​

Delegasi turut dibawa melawat ke beberapa Bahagian di Perbendaharaan Indonesia dan diberikan taklimat secara spesifik mengenai pengendalian operasi di bahagian tersebut, antaranya:

  1. KPPN Jakarta I dan II yang terlibat dalam pengurusan penerimaan hasil dan perbelanjaan secara online;

  2. Pusintek MOF ICT Fasilities yang berfungsi dalam penyediaan infrastruktur termasuk bilik server dan dan bilik operasi bagi pengendalian helpdesk; dan

  3. Treasury Dealing Room bagi melihat proses pengurusan tunai dan pelaburan negara seperti cash forecasting, portfolio management dan pengurusan cash balances/reserve.

Dr Yacob

Gambar 4: Ahli Majlis PERASAMA bersama Dr. Marwanto Harjowiryono, Direktur Jenderal, Perbendaharaan Indonesia dan pegawai tertinggi Perbendaharaan

Dr Yacob

Gambar 6: Sesi penyampaian cenderahati kepada wakil Bank Negara Indonesia

Dr Yacob

Gambar 8: Office Tour ke Treasury Dealing Room

Dr Yacob

Gambar 5: Sesi pembentangan oleh Bank Negara Indonesia

Dr Yacob

Gambar 7: Office Tour ke KPPN Jakarta I dan II yang terlibat dalam pengurusan penerimaan hasil dan perbelanjaan secara online

Dr Yacob

Gambar 9: Gambar Delegasi Bersama Pegawai Perbendaharaan Indonesia

4.0  PEMERHATIAN

 

4.1 Pelaksanaan Perakaunan Akruan

 

  • Pelaksanaan secara berfasa mulai 2003 hingga 2015. Implementasi perakaunan akruan melibatkan dua peringkat iaitu:

  1. Peringkat Pemerintah Pusat (melibatkan 87 Kementerian/Lembaga dan 24,000 Satuan Kerja); dan

  2. Peringkat Pemerintah Daerah (melibatkan 34 provinsi, 98 negeri dan 416 kota/Majlis Perbandaran).

​

  • Laporan Kewangan Perintah Pusat (LKPP) dikonsolidasi oleh Direktorat Jenderal Perbendaharaan dan dibentangkan di Parlimen setiap tahun.

​

4.2 Piawaian Perakaunan

 

  • Dikawal selia oleh Komite Standard Akuntansi Pemerintah (KSAP) dan mengguna pakai 13 standard akruan yang dikenali sebagai The Indonesian Government Accounting Standard (IGAS).

​

4.3 Sistem Perakaunan

 

  • Sistem perakaunan menggunakan teknologi Oracle, dibangunkan secara berpusat, berbasis akrual, online dengan Kementerian/Lembaga yang lain dan ditempatkan di Direktorat Jenderal Perbendaharaan. Disaster Recovery Centre (DRC) bagi SPAN ditempatkan di Pulau Batam.

​

  • Semua transaksi pembayaran dan penerimaan harian adalah secara online mengikut Kementerian/Lembaga dan dipaparkan melalui dashboard yang ada di Perbendaharaan Indonesia.

 

4.4 Pendapat Audit

​

  • Pengauditan Badan Pemeriksa Kewangan (BPK), Indonesia ke atas Laporan Kewangan Perintah Pusat (LKPP) bagi tahun 2015 menunjukkan hanya 56 daripada 87 Kementerian/Lembaga mendapat Sijil Tanpa Teguran (Unqualified Audit Report) Ini menunjukkan penurunan kualiti LKPP berbanding pencapaian tahun 2014.

​

4.5 Akaun Bank

​

  • Koordinasi yang baik di antara Pemerintah Pusat iaitu Perbendaharaan Indonesia dengan Bank Indonesia (Central Bank) terutamanya dalam dasar fiskal dan kewangan melalui implementasi Treasury Single Account (TSA).

 

 

5.0  RUMUSAN

 

  • Secara keseluruhan, pelaksanaan perakaunan akruan telah berjaya di Indonesia. LKPP bagi tahun 2015 berasaskan akruan sepenuhnya. Walaupun wujud pelbagai permasalahan dari segi kompetensi sumber manusia dan menurunnya bilangan Kementerian/Lembaga mendapat pengauditan Sijil Tanpa Teguran namun Kerajaan Indonesia didapati terus melaksanakan beberapa solusi penyelesaian masalah seperti pemantapan polisi, latihan dan bimbingan berterusan, pengwujudan klinik akrual dan lain-lain.

 

  • Faktor Kritikal Kejayaan yang boleh dijadikan panduan/rujukan dalam pelaksanaan perakaunan akruan di Malaysia adalah seperti berikut:

  1. Objektif yang jelas iaitu melalui fasa pelaksanaan akruan yang berperingkat; dan

  2. Strategi pelaksanaan yang realisitik dan mampu dicapai oleh semua pihak terlibat.

Disediakan Oleh:

Biro Kebajikan dan Sosial, PERASAMA

Tarikh: 15 September 2016

bottom of page