GARIS PANDUAN KEAHLIAN PSA
FAEDAH KEAHLIAN
Faedah keahlian PSA mengikut kategori keahlian adalah seperti berikut:
AHLI BIASA
Ahli biasa mempunyai faedah yang berikut:
-
Memegang jawatan dalam persatuan
-
Mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan
-
Menyertai aktiviti-aktiviti persatuan
-
Memeriksa rekod persatuan dengan notis kepada setiausaha
AHLI BERSEKUTU
Ahli Bersekutu mempunyai faedah yang berikut:
-
Menyertai aktiviti-aktiviti persatuan
-
Memeriksa rekod persatuan dengan notis kepada setiausaha
YURAN KEAHLIAN
PSA mengenakan dua jenis yuran iaitu yuran pendaftaran dan yuran tahunan kepada akauntan yang berminat untuk menjadi ahli. Akauntan yang baharu mendaftar sebagai ahli perlu membayar yuran pendaftaran serta yuran tahunan. Manakala untuk tahun berikutnya,hanya perlu membayar yuran tahunan sahaja. Berikut adalah struktur bayaran yang dikenakan:
Pemohon pertama kali :

Tahun berikut dan seterusnya:


Rajah 1 : Kategori Keahlian PSA
PERMOHONAN KEAHLIAN PSA
Permohonan keahlian PSA boleh dibuat melalui kaedah-kaedah seperti berikut:
-
Permohonan melalui atas talian. Sila lengkapkan borang yang disediakan di atas talian.
-
Permohonan secara serahan tangan/emel. Sila klik untuk muat-turun borang permohonan dan serahkan/emel kepada Biro Keahlian PSA.
Versi Borang Secara "Offline"
PROSES PERMOHONAN
Proses permohonan keahlian PSA adalah seperti berikut:
-
Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta bayaran hendaklah dihantar kepada Biro Keahlian untuk semakan dan akan dicadangkan di dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi untuk kelulusan;
-
Bayaran sebanyak RM 50.00 hendaklah dibuat di atas nama PERSATUAN AKAUNTAN SEKTOR AWAM MALAYSIA ke akaun Affin Islamic Bank 105490000609. Sila hantar/emel slip transaksi kepada keahlian.perasama@anm.gov.my atau bendahari.perasama@anm.gov.my; dan
-
Setelah mendapatkan kelulusan Majlis Tertinggi, sijil dan nombor keahlian akan diberikan kepada pemohon.

Rajah 2 : Proses Permohonan Keahlian PERASAMA
JAWATANKUASA BIRO KEAHLIAH PSA

PENGERUSI

TIMBALAN PENGERUSI
Pn. Hariyanti binti Dahlan C.A.(M)
Tel. : 03-8882 6871
Fax : 03-8882 5763
Emel : hariyanti@kpdnkk.gov.my
AHLI JAWATANKUASA

​Pn. Khairiani binti Ayob ACMA, CGMA, C.P.A.(M), C.A.(M)
Tel. : 03-8882 1597
Fax : 03-8882 1045
Emel : khairiani.ayob@anm.gov.my

Cik Aziyati Binti Azmily C.A.(M)
Tel. : 03-8317 9030
Fax : 03-8317 9119
Emel : aziyati.azmily@moe.gov.my
KELAYAKAN KEAHLIAN
PERASAMA mempunyai dua kategori keahlian iaitu Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu. Bagi melayakkan seseorang akauntan untuk menjadi Ahli Biasa, individu tersebut hendaklah berkhidmat sebagai akauntan di salah sebuah organisasi seperti berikut :
​
-
Syarikat berkaitan Kerajaan
-
Badan Berkanun Kerajaan dan Kerajaan Tempatan
-
Kementerian/Jabatan dan Agensi Kerajaan
​
Akauntan yang tidak memenuhi kriteria untuk menjadi Ahli Biasa, akauntan tersebut akan dipertimbangkan untuk menjadi Ahli Bersekutu dengan mematuhi kriteria-kriteria yang berikut :
​
-
Bersara daripada perkhidmatan awam, atau;
-
Pernah berkhidmat sebagai akauntan perkhidmatan awam, atau;
-
Berkhidmat di syarikat/agensi di Badan Berkanun Kerajaan, Kerajaan Tempatan dan Kerajaan mempunyai pegangan saham.