© 2016 Laman Web Rasmi PSA

PERBINCANGAN BERSAMA INSTITUTE PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM  MALAYSIA (IBFIM)

PERASAMA telah mengadakan perbincangan dengan Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) pada 27 Mei 2016. Perbincangan ini bertujuan untuk meneroka peluang usahasama strategik untuk mengikuti Program Islamic Financial Planner kepada ahli PERASAMA. Program ini memberi peluang kepada ahli PERASAMA untuk mendapat pengiktirafan sebagai Certified Islamic Financial Planner.

Perbincangan yang dipengerusikan oleh Presiden PERASAMA  ini telah dihadiri oleh wakil IBFIM  yang diketuai oleh  Encik Mohamad Najib Shaharuddin, Head of Talent Developement  Department, IBFIM. Turut bersama dalam perbincangan ini ialah Pengarah Institut Perakaunan Negara (IPN).