© 2016 Laman Web Rasmi PSA

LAPORAN BIRO KOMUNIKASI

SESI 2015/2016

1. MESYUARAT JAWATANKUASA BIRO KOMUNIKASI PERASAMA

Mesyuarat Jawatankuasa Biro Komunikasi PERASAMA merupakan mesyuarat di peringkat jawatankuasa biro untuk membincangkan dan melaksana aktiviti-aktiviti Persatuan serta bertindak sebagai wadah penyampaian maklumat Persatuan kepada semua ahli. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ahli Majlis selaku Pengerusi Jawatankuasa Biro dan dibantu oleh 4 orang ahli jawatankuasa. Sepanjang sesi 2015 / 2016, Mesyuarat Jawatankuasa Biro Komunikasi PERASAMA telah diadakan sebanyak 5 kali iaitu pada:

  1. Bilangan 1/2015 - 10 Disember 2015

  2. Bilangan 1/2016 - 12 Februari 2016

  3. Bilangan 2/2016 - 19 Februari 2016

  4. Bilangan 3/2016 - 24 Jun 2016

  5. Bilangan 4/2016 – 7 November 2016

2. PEMBANGUNAN PORTAL BAHARU PERASAMA

Jawatankuasa Biro Komunikasi telah membangunkan portal baharu PERASAMA bagi menggantikan portal yang lama. Portal baharu ini telah dikemaskini dari segi maklumat dan informasi berkaitan PERASAMA. Ia juga lebih mesra pengguna dan yang paling penting boleh dilayari samada melalui komputer, tablet dan telefon pintar. Diharap dengan wujudnya portal baharu ini akan memudahkan penyampaian maklumat dan informasi berkaitan PERASAMA kepada semua ahli di seluruh Malaysia.

3. PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO PERASAMA 2016

Jawatankuasa Biro Komunikasi telah menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo PERASAMA 2016. Pertandingan telah bermula pada 1 April 2016 sehingga 30 April 2016 dan penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli PERASAMA. Jawatankuasa telah menerima sebanyak 26 penyertaan di mana pertandingan ini dapat mencungkil bakat, idea dan kreativiti di kalangan ahli.

Disediakan oleh,


MUHAMMAD HADI BIN HARITH
Pengerusi
Jawatankuasa Biro Komunikasi
Persatuan Akauntan Sektor Awam Malaysia