© 2016 Laman Web Rasmi PSA

LAPORAN AKTIVITI BIRO KEAHLIAN

Aktiviti utama Biro Keahlian sepanjang tahun 2015/ 2016 adalah seperti berikut :

  a.     Mewujudkan Satu Pangkalan Data Bagi Ahli PERASAMA

Satu pangkalan data telah dibangunkan bagi memudahkan pengurusan keahlian persatuan dilakukan. Data peribadi ahli boleh dikemaskini dengan memasukkan No.K.P. dan segala maklumat ahli akan dipaparkan.

  b.     Mengemaskini Data Peribadi Ahli

Pengemaskinian data peribadi ahli telah dilakukan dengan menghantar emel kepada ahli yang telah kenalpasti. Walau bagaimanapun, proses pengemaskinian data ini adalah berterusan bagi memastikan persatuan ini mempunyai maklumat ahli yang terkini.

  c.     Permohonan Keahlian Secara ONLINE

Permohonan secara atas talian diperkenalkan bagi memudahkan proses permohonan keahlian bagi akauntan yang berminat. Kemudahan yang disediakan ini diharap dapat meningkatkan permohonan keahlian PERASAMA.

  d.     Memberi Taklimat Berkaitan Keahlian PERASAMA

Sepanjang tahun 2015 dan 2016, beberapa usaha telah dilakukan untuk menarik keahlian PERASAMA iaitu memberi taklimat kepada akauntan-akauntan baharu dilantik oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Sebanyak tiga taklimat telah dilakukan terhadap 108 orang akauntan baharu. Sepanjang Januari 2015 sehingga 30 Oktober 2016 seramai 190 orang telah mendaftar sebagai ahli PERASAMA.