PERSATUAN AKAUNTAN SEKTOR AWAM MALAYSIA
THE ASSOCIATION OF PUBLIC SECTOR ACCOUNTANTS, MALAYSIA
LAPORAN PROGRAM MOTOHUNT
PERASAMA 2017
Pengenalan:
Pertandingan PERASAMA Motohunt 2017
Objektif Program:
-
Menghubungkan antara ahli PERASAMA mahupun bukan ahli.
-
Menjalinkan kerjasama korporat bersama penaja, Bank Muamalat.
-
Mengenali JANM, Putrajaya dan Cyberjaya dengan lebih dekat.
-
Memupuk semangat kerja berpasukan dalam mencapai sesuatu objektif bersama.
Aktiviti Yang Dijalankan:
-
Senamrobik
-
Pelepasan peserta
-
Pencarian Jawapan di checkpoint yang ditentukan
-
Persembahan live dari AG Buskers
-
Taklimat jawapan PERASAMA Motohunt 2017 oleh konsultan yang dilantik
-
Penyampaian hadiah kepada pemenang
Rumusan:
​
Pada 12 Mac 2017 yang lalu, PERASAMA telah berjaya menganjurkan Pertandingan PERASAMA Motohunt 2017 bermula di Bangunan Ibu Pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Putrajaya. Sebanyak 32 pasukan telah menyertainya, melebihi sasaran awal hanya 30 pasukan disasarkan sebelumnya.
​
Sebagai rekod, pada 10 Mac 2017 (dua hari sebelum hari kejadian), peserta telah diberi taklimat khas berkenaan lokasi checkpoint dan kaedah-kaedah menjawab soalan. Mereka juga telah menerima T- shirt pertandingan yang akan dipakai semasa acara berlangsung.
​
Pertandingan ini juga disertai oleh Bank Muamalat, selaku penaja rasmi Motohunt 2017 dengan menghantar 3 pasukan mereka iaitu Raja Ronggeng, Putera Ronggeng dan Puteri Ronggeng. Bahkan, pihak Bank Muamalat menunjukkan komitmen yang tinggi di mana En. Wan Hosni bin Wan Kamal, Naib Pengerusi Bank Muamalat dan En. Mohd Yaakub Bin Mohd Yunus, Ketua Seksyen Kerajaan dan Pengurusan Tunai Bank Muamalat, turut menyertai dan terlibat dalam penyampaian hadiah kepada pemenang.
​
Program dimulakan dengan senamrobik dan pelepasan peserta disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Hj. Che Pee bin Samsudin, Akauntan Negara Malaysia. Turut hadir bersama ialah YBrs. Dr. Yacob bin Mustafa, Timbalan Akauntan Negara (Korporat) juga selaku Presiden PERASAMA dan YBrs. En. Saat bin Esa, Timbalan Akauntan Negara (Operasi).
Pertandingan ini memerlukan kemahiran peserta untuk melengkapkan 6 cabaran di 6 checkpoint yang berbeza sekitar Putrajaya dan Cyberjaya. Peserta diuji dengan pengetahuan am, kecergasan anggota melalui aktiviti dan juga menghubungkan kaitan antara jawapan di lokasi checkpoint.
​
Bagi memeriahkan pertandingan, peserta juga berpeluang memenangi pertandingan ‘like’ terbanyak dan ‘posting’ gambar menggunakan #mhperasamamotohunt2017 di media sosial seperti Facebook dan Instagram. Ternyata sambutan hangat diterima oleh penganjur dan setiap pemenang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM50.00.
​
Sementara menunggu proses penjumlahan markah dilakukan, peserta dan tetamu kehormat telah dihiburkan dengan persembahan AG Buskers dan diikuti dengan pembentangan jawapan oleh pihak konsultan, Fun Event People Services.
Senarai pemenang adalah seperti berikut:
Program ini berakhir dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang sambil semua peserta menikmati jamuan tengahari yang disediakan oleh pihak urusetia. Program ini tamat pada jam 2.00 petang.
​
PERASAMA dengan ini merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan PERASAMA Motohunt 2017 khususnya kepada Pengurusan Tertinggi JANM, Jawatankuasa Induk PERASAMA, Fun Event People Services selaku konsultan, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) bertindak sebagai pasukan keselamatan peserta dan urusetia, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) yang memberi kebenaran laluan yang akan digunakan untuk program ini, Bank Muamalat selaku penaja rasmi dan tidak lupa juga semua urusetia yang bertungkus-lumus sama ada terlibat secara langsung atau sebaliknya.
Maklumbalas positif yang diterima bagi program ini antaranya untuk menjadikan acara Motohunt ini sebagai aktiviti tahunan PERASAMA dan juga cadangan supaya meluaskan kawasan pencarian jawapan ke tempat-tempat pelancongan seperti di Port Dickson.
GAMBAR SEKITAR AKTIVITI PERASAMA MOTOHUNT 2017
​
Senamrobik dan sesi regangan sebelum acara pelepasan
Cabaran permulaan dengan membina menara straw
Masih tersenyum dalam usaha mengeluarkan bola ping pong
Antara cabaran yang perlu disiapkan oleh peserta
Antara gelagat peserta dalam mencari jawapan berdasarkan klu yang diberikan
Barisan urusetia yang telah menjayakan program PERASAMA Motohunt 2017
En. Wan Hosni bin Wan Kamal, Naib Pengerusi Bank Muamalat menyampaikan hadiah kepada salah satu pasukan pemenang
​
Acara Pelepasan yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Hj. Che Pee bin Samsudin, Akauntan Negara Malaysia
​
Para peserta fokus dalam melengkapkan tugasan yang diberikan
Antara aktiviti yang dijalankan-mengeluarkan bola ping pong dari belakang badan
Peserta melayangkan kapal terbang kertas mereka ke dalam kotak yang disediakan
Kesungguhan terpancar di wajah semua peserta dalam mencari jawapan di lokasi cabaran
Wajah-wajah ceria peserta yang memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga bersama Pengerusi Jawatankuasa Biro Ekonomi PERASAMA, En. Zaharin bin Othman
Presiden PERASAMA, YBrs. Dr. Yacob bin Mustafa menyampaikan hadiah kepada juara, pasukan MOAVER
Pemenang naib juara, pasukan The JANS meraikan kemenangan mereka