© 2016 Laman Web Rasmi PSA

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

 

Kepada semua ahli,

Bersyukur saya pada Ilahi atas rahmatnya Laman Web PSA  dalam dibangunkan dengan jayanya untuk membolehkan pelbagai maklumat dan aktiviti dikongsikan oleh ahli-ahli.  Perancangan untuk membangunkan laman web ini telah lama dirancangkan namun tidak dapat dilaksanakan atas beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan.

Selaku Presiden Persatuan, saya bersama Ahli Jawatankuasa yang dilantik akan sedaya upaya untuk menyebarkan sebanyak mungkin maklumat kepada ahli-ahli agar objektif dan matlamat Persatuan ini ditubuhkan dapat direalisasikan.

PSA juga telah merancang pelbagai aktiviti untuk disertai oleh ahli-ahli sama ada di Ibu Pejabat JANM dan juga di seluruh negara. Justeru saya memohon agar ahli-ahli persatuan dapat memberikan respon dan melibatkan diri dengan aktif dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan kelak.

 

Penglibatan tuan/puan sesungguhnya dapat meningkatkan nama baik organisasi ini dan ianya dapat memenuhi aspirasi ahli-ahli yang mengkehendaki perubahan dapat dilakukan sekurang-kurangnya dalam menyediakan pelbagai platform komunikasi yang berkesan.

 

Sekian, terima kasih

 

Tn. Hj. Nasran bin Omar C.A.(M)
Presiden PSA

PERUTUSAN PRESIDEN