© 2016 Laman Web Rasmi PSA

Show More

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Menjadi hasrat Jabatan agar setiap Akauntan menjadi ahli persatuan untuk menggerakkan pelbagai aktiviti yang dapat meningkatkan kompetensi dan mengeratkan Silaturrahim. Saya pasti dengan adanya Laman Web ini akan dapat meningkatkan lagi peranan PSA dalam menyalurkan pelbagai maklumat mengenai aktiviti dan kegiatannya.

Akauntan sektor awam berperanan penting untuk merealisasikan hasrat dan wawasan negara menerusi aktiviti dan program yang tertentu. Dengan berkongsi pengetahuan, pengalaman dan ilmu dalam bidang masing-masing dikalangan ahli-ahli, sudah tentu ianya dapat meningkatkan kredibiliti perkhidmatannya kelak.

Saya juga yakin PSA akan terus berkembang maju di masa hadapan dan berperanan untuk meningkatkan fungsinya kepada organisasi JANM, ahli-ahli dan masyakat yang menjadi pelanggan kita semua. Saya berdoa agar kepimpinan yang ada akan dapat mengorak langkah, sehati sehaluan merencana dan mempelbagaikan aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara kelak.

Sekian, terima kasih

 

YBhg. Datuk Saat bin Esa C.A.(M)

Akauntan Negara Malaysia

PERUTUSAN PENAUNG