© 2016 Laman Web Rasmi PSA

 
 
 
 
 

VISI

Keunggulan dan kelestarian Akauntan sektor awam

MISI

  • Melestarikan ekosistem perakaunan yang berkualiti untuk menyokong aspirasi Negara;

  • Sebagai wadah dalam memperjuangkan kepentingan akauntan sektor awam dengan berkesan secara berterusan

OBJEKTIF

  1. Menyediakan saluran komunikasi yang diiktiraf dengan pihak berkuasa Kerajaan dan orang awam;

  2. Melindungi kepentingan dan kebajikan semua ahli persatuan;

  3. Menjalankan aktiviti yang berkaitan secara kondusif dan bersesuaian bagi mencapai visi dan misi perasatuan;

  4. Menganjurkan pelbagai aktiviti bagi mempromosikan hubungan baik persatuan dengan badan profesional perakaunan dan persatuan lain; dan

  5. Mempromosi dan memupuk minat masyarakat dalam bidang perakaunan. 

COGANKATA

Integrity . Trustworthy . Sustainability

Show More

LOGO

SEJARAH

Persatuan Akauntan Sektor Awam Malaysia ditubuhkan pada tahun 1980 dibawah Akta Pertubuhan 1966. Semasa awal penubuhannya, keahlian persatuan ini terdiri daripada penjawat-penjawat awam yang berkhidmat sebagai Akauntan di agensi Kerajaan Persekutuan, negeri, badan berkanun dan syarikat korporat milik kerajaan di seluruh Malaysia.

Persatuan ini ditubuhkan untuk menyokong Institut Akauntan Malaysia (Malaysian Institute of Accountant) dalam pelbagai aktiviti dan berperanan penting dalam memberikan maklum balas, cadangan dan sumbangsaran yang berkaitan dengan dasar-dasar kerajaan agar aktiviti yang dijalankan selari dengan hasrat dan matlamat kerajaan.

Berikut merupakan profil mengenai PSA:

Nama                                     : PERSATUAN AKAUNTAN SEKTOR AWAM MALAYSIA (PSA)

                                                 (THE ASSOCIATION OF PUBLIC SECTOR ACCOUNTANTS, MALAYSIA)

No. Pendaftaran                    : 2678 (Selangor)

Tarikh Pendaftaran               : 9 April 1980

Alamat                                    : JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

                                                  Kompleks Kementerian Kewangan

                                                  No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2

                                                  65594 Putrajaya

Sijil Perakuan Pendaftaran   :